ISU PENGGUNAAN TEKNOLOGI: KESAN NEGATIF TEKNOLOGI TERHADAP REMAJA.
Isu
pembuangan bayi kini tidak boleh dipandang remeh lagi. Kebanyakan remaja kini
menjadikan kes pembuangan bayi ini satu trend baru dalam gaya hidup mereka.
Bagi mereka, cara pembuangan bayi ini merupakan jalan terakhir bagi mereka
untuk menyelesaikan masalah sekiranya mengandung luar nikah. Hal ini secara
tidak langsung menjadi isu penting yang boleh merendahkan martabat negara kita
yang sebelum ini dipandang tinggi oleh negara lain.
Perkembangan
teknologi masa kini menjadi salah satu punca masalah sosial seperti kes
pembuangan bayi ini kian berleluasa. Seperti yang kita sedia maklum, teknologi
yang dicipta bertujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada masyarakat.
Namun, ada pihak yang telah menyalahgunakan kemudahan tersebut untuk tujuan
yang tidak berfaedah. Terdapat sesetengah masyarakat menggunakan teknologi
untuk tujuan seks. Laman sosial seperti Facebook, Tagged dan Twitter telah
digunakan untuk memaparkan gambar-gambar yang menjolok mata dan aksi yang
mengghairahkan. Selain itu, terdapat juga pengguna yang menawarkan perkhidmatan
seks melalui laman sosial.
Peralatan
berteknologi seperti telefon bimbit dan “webcam” turut disalahgunakan. Terdapat
segelintir individu yang melakukan hubungan seks melalui peralatan tersebut.
Istilah “Phone Sex” digunakan untuk hubungan seks melalui telefon bimbit.
“Webcam” juga digunakan untuk tujuan yang sama melalui alam maya. Pilihan
tersebut dibuat kerana ia merupakan salah satu cara individu untuk mendapatkan
kepuasan tanpa perlu bersemuka dengan pasangan seks.
CARA MENGATASI DI KALANGAN REMAJA.
1) Kesedaran diri memainkan peranan utama dalam diri kalangan remaja. Kenapa harus faktor ini menjadi aspek utama? Ini kerana saya dapati ramai pihak selalu menyalahkan ibu bapa di atas kesalahan anak-anak .Jangan terlalu selalu menyalahkan ibu bapa. Sememangnya kita sebagai remaja telah banyak menerima tunjuk ajar, nasihat, teguran dan motivasi dari pelbagai pihak. Namun hanya tinggal atas diri mereka sahaja mahu menerima dengan baik atau bertindak melakukan perkara yang langsung tidak mendatangkan manfaat dalam hidup mereka. Seharusnya anak yang baik akan berusaha menjauhkan diri mereka dari melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah ibu bapa, keluarga dan agama. Jadi kesedaran diri haruslah menjadi aspek utama dalam permasalahan penyalahgunaan teknologi kini.
2) Didikan agama sejak kecil adalah sangat penting dalam proses membesarkan anak-anak. Didikan agama merupakan tunjang utama untuk melahirkan insan yang baik akhlaknya. Saya percaya di sini bahawa jika seseorang itu telah dididik dengan ilmu yang cukup, sudah pasti mereka mampu membawa diri di mana sahaja mereka pergi. Ilmu agama yang cukup mampu melahirkan insan yang berdisiplin. Disiplin diri mampu diperoleh dalam solat seseorang. Apabila solat dilakukan dengan sempurna, sudah pasti disiplin akan menyusul dalam diri mereka. Insan yang kuat disiplinnya sudah pasti tidak terpengaruh dengan gejala-gejala negatif di luar sana. Jika kita melihat cara didikan orang putih pun, perkara pertama yang mereka lakukan adalah mengajar anak-anak mereka berdisiplin dalam kehidupan. Makan pada waktu yang tepat contohnya. Jadi, ilmu agama dan disiplin diri merupakan pengaruh utama terhadap remaja dalam menjalankan aktiviti seharian dengan penuh sempurna dan bermanfaat.
Di sini saya selitkan sebuah kata-kata yang diharapkan menjadi pedoman dalam diri kita.
jadilah dikau…
sebutir benih yang teramat benar berharga..
kala dibuang ke daratan..
kan terbina sebuah bangunan pencakar langit nun egois mendada…
kala dicampak ke lautan..
kan tercambah sebuah pulau nan tersergam indah…
kala dilontar ke langit..
kan menjadi sebutir bintang kejora..
yang bakal mewarnai seluruh cakerawala…
3) Seterusnya, pengawasan guru terhadap anak-anak yang tinggal di asrama. Hal ini bukan ditujukan kepada guru tetapi seluruh anggota sekolah. Sama ada security guard dan rakan-rakan pelajar, kita haruslah bersama – sama berusaha membantu dalam membentuk diri anak – anak remaja yang baik budi pekertinya. Bukankah indah jika hidup kita dikelilingi dengan insan yang selalu melontarkan kata-kata yang sopan dan selalu menghormati diri kita? Maka dengan itu, pihak sekolah haruslah memeriksa beg pelajar setiap kali memasuki halaman sekolah. Para guru harus sentiasa memastikan para pelajar tidak membawa telefon bimbit ke sekolah. Para guru boleh melibatkan pelajar dalam hal ini bagi membantu mengenal pasti rakan pelajar yang membawa telefon bimbit ke sekolah.Ini kerana, dengan adanya telefon bimbit yang serba canggih, keputusan yang dibuat hanya berada di hujung jari. Kita tidak mahu jika umur baru belasan tahun tetapi sudah pandai melibatkan diri dengan gejala yang tidak sihat.
Seks bebas mula membarah dalam kalangan remaja di negara ini. Memandangkan teknologi menyumbang kepada budaya negatif ini, pengawasan di peringkat yang lebih tinggi amat penting seperti pengawasan laman web oleh penguatkuasa yang bertanggungjawab.
ReplyDeleteA136573
Deletesaya setuju tentang pengawasan laman web dalam kalangan remaja dilaksanakan.Contohnya untuk membuka u-tube mestilah menggunakan nombor ic masing-masing agar maklumat yang dikeluarkan bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
ReplyDeleteKesedaran diri sememangnya faktor utama dalam manangani masalah ini. Namun, suasana disekeliling remaja sangat kuat mempengaruhi dan remaja sangat sinonim dengan sikap ingin mencuba sesuatu yang baru yang kuat.
ReplyDeleteBetul tu fatin, sikap ingin tahu yang kuat dalam kalangan remaja memang tidak dapat dinafikan. Jadi semua pihak perlu terlibat dalam menangani masalah penyalahgunaan alat teknologi ini. Janganlah pihak-pihak lain terus membiarkan tindakan buruk seseorang remaja itu tanpa menegur kesalahannya.
ReplyDeleteA145771
ReplyDeletepada pendapat saya,kita perlulah menggunakan teknologi secara berhemah
ReplyDelete